IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup serta penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Perak 1445H/2024M, yang berlangsung dua hari bermula Rabu di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini malam tadi.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim Shah.
Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim.
Sultan Nazrin turut berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang pada malam tadi.
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini, manakala Puteri Kalimatul Azzua Hamid yang pernah muncul sebagai johan qariah peringkat kebangsaan pada 2020 pula, dinobat johan dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 dan sijil.
Naib johan qari dimenangi Mohd Kamaruzaman Daud dan Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi Norhazira Nabila Mohamad Kamel dan Munirah Razali di tempat ketiga.
Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta sijil.
Bagi hafazan pula, Muhammad Adib Ahmad Rozaini muncul johan qari bagi kategori 1-30 juzuk, manakala qariah hafazan pula dimenangi Allama Al Aini Aziz @ Abdul Aziz, dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM10,000 berserta pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 dan sijil.
Pemenang bakal mewakili Perak ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Kuantan, Pahang pada Mei depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 07 2024
Sultan Nazrin Shah berkenan menyampaikan hadiah Johan Hafazan Al-Quran kepada Allama Al Aini pada majlis penutup Tilawah al-Quran Perak di Ipoh malam tadi. -- fotoBERNAMA
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.